Berita in amat mengejutkan apabila mengetahui saya penghidap kanser prostat metastatik yang mana melibatkan tulang dan nod limfa para-aortik pada tahun 2007. Kadar Antigen Khusus Protat (PSA) adalah 783.4 ng/ml dengan kadar Gleason 3 +3. Saya amat tertekan ketika itu dan banyak menangis mengenangkan jangka hayat saya yang mungkin singkat.
Saya menerima terapi depresi sebagai rawatan awal dan diberi bantuan skim pencen kerajaan. Isteri sayalah penjaga saya ketika itu. Ahli kumpulan sokongan daripada Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM) banyak membantu memudahkan perjalanan saya untuk melawan kanser. Banyak pengetahuan dikongsi daripada ahli veteran dalam PCSM yang mendorong keyakinan dan semangat saya.
Lama kelamaan, kos untuk mendapatkan ubatan baharu kanser prostat ini meningkat secara mendadak. Saya kini menggunakan wang simpanan peribadi saya untuk membayar abiraterone acetate dan Lu-PSMA selama mana saya mampu. Kos untuk Lu-PSMA adalah RM 33,000 bagi setiap pusingan dan ia jauh daripada kemampuan saya. Adakah mungkin saya dapat mengumpul dana yang mencukupi, adakah saya akan mati akibat kanser prostat?
Sebagai bekas pesakit kanser, saya sarankan semua lelaki yang berusia 50 tahun ke atas untuk menjalani ujian PSA secara berkala. Paling utama, adalah penting untuk anda mendapat nasihat perubatan yang sewajarnya bagi mengelakkan daripada mengambil keputusan yang tidak tepat.