Apabila usia anda semakin meningkat, saya belajar untuk menerima dugaan kesihatan dengan hati yang terbuka.
Pada tahun 2006, saya berusia 59 dan masih bekerja. Keinginan seks saya menurun dan saya menganggap ia adalah sebahagian daripada penuaan. Gejala pertama yang saya alami adalah kerap bangun kencing di waktu malam! Doktor mengesyorkan saya untuk kurangkan minum air untuk mengatasi masalah ini. Ya benar, bila kurang minum, kuranglah kencing! Itu merupakan kesilapan biasa yang dilakukan oleh Doktor.
Pada tahun 2008, saya jalani ujian darah seperti yang disyorkan oleh anak lelaki saya. Keputusan nampak memuaskan, kecuali kadar (Antigen Khusus Prostat) PSA saya 36.4 ng/ml! Saya didiagnoskan mengalami kanser prostat selepas menjalani semua imbasan dan biopsi di HKL.
Mereka sentiasa berada di sisi saya dan memberi sokongan penuh dan kasih sayang tak berbelah bahagi. Isteri saya sering kali menemani saya di sepanjang sesi radioterapi setiap hari. Saya bersyukur dan amat menghargai kasih sayang mereka yang berada di sekeliling saya di sepanjang perjalanan saya berhadapan dengan kanser dan kini menjadi bekas pesakit kanser.
Ramai yang kata, aktifkan diri dan bersenam untuk menghindari kanser. Ya, saya seorang yang aktif dan kini merupakan bekas pesakit kanser. Kanser bukan penghalang untuk saya terus aktif dalam aktiviti mendaki. Saya telah berjaya menawan Gunung Kinabalu sebanyak dua kali dalam tempoh 2 bulan pada tahun 2017. Pendakian pertama merupakan pendakian secara solo dan kali kedua, saya mengetuai pasukan seramai 24 orang pendaki bekas pesakit kanser dan penjaga. Destinasi seterusnya adalah Kem Gunung Everest!
Pendaki tertua yang menawan Gunung Kinabalu Mr. Sabahan Buatin Blandong, seorang rakyat Sabah yang berusia 82 tahun. Impian terbesar saya adalah untuk menjadi pendaki tertua yang menawan Gunung Kinabalu dan ini bermakna, saya perlu terus aktif dan sihat untuk 10 tahun yang akan datang!
“Hiduplah hari ini sebagai bekalan untuk hari esok”- itulah prinsip kehidupan yang saya pegang selama ini!