Dr Haji Rosli
Pesara yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Ukur Bahan dan Pengurusan Pembinaan. Juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM).
Dr Haji Rosli, 66 tahun.

Pesara yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Ukur Bahan dan Pengurusan Pembinaan. Juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Kanser Prostat Malaysia (PCSM).

Segalanya bermula pada tahun 2015 apabila saya mula kerap membuang air kecil dan mengalami masalah mengosongkan pundi kencing. Saya kerap bergegas ke tandas terutama pada sebelah malam. Tiada tindakan yang saya ambil sehingga saya terbaca paparan poster berkaitan kanser prostat di dinding bangunan Institut Kanser Negara, IKN pada penghujung tahun 2015.

Poster kanser prostat tersebut menjadi talian hayat saya! Saya melalui pemeriksaan kesihatan dengan segera di hospital kerajaan dan swasta apabila menyedari simptom perkumuhan air kencing saya bersamaan dengan deskripsi simptom yang tertera di poster. Kadar antigen khusus prostat (PSA) saya adalah 9.0 ng/ml dan diberi preskripsi ubat-ubatan.

Malangnya, ubat-ubatan itu kurang berkesan.

Kadar antigen khusus prostat (PSA) saya terus meningkat dari 9.0 kepada 16.0 ng/ml. Saya menjalani biopsi prostat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru bagi mengenal pasti puncanya pada awal tahun 2016.

Saya berasa amat sedih dan tertekan apabila doktor mengesahkan saya penghidap kanser prostat tahap 3.

Saya diberi penerangan panjang lebar berkenaan kanser prostat, kaedah rawatan dan kadar kelangsungsan hidup. Doktor juga tidak lekang memberi dorongan dan semangat untuk saya pulih. Saya bersedia menerima takdir dan kekal positif.

Selepas beberapa siri MRI dan imbasan tulang, saya diberi rawatan pilihan termasuk pengawasan aktif, radioterapi ditambah rawatan hormon atau prostatektomi radikal. Memiliki sejarah masalah jantung, doktor menyarankan agar saya menjalani radioterapi dan rawatan hormon. Saya menjalani sesi radioterapi sebanyak 38 kali bermula Jun 2016 hingga Ogos 2019, di samping Zoladex (sejenis rawatan hormon) dari April 2019 hingga Mac 2019. Kanser saya memberi tindak balas yang baik terhadap rawatan dan mencapai nadir PSA 0.05 pada 2 November 2019.

Alhamdulillah, kanser prostat tidak mengubah gaya hidup saya secara drastik.

Saya bersyukur kepada Allah kerana berpeluang menjalani aktiviti kehidupan secara normal seperti berkebun, menghadiri kelas dewasa, menganjur sesi latihan badminton kanak-kanak dan menyertai kerja amal.

Saya memenuhi masa lapang dengan pelbagai aktiviti dan terus kekal positif. Saya amat menghargai segala sokongan yang diberi oleh ahli keluarga dan sahabat sepanjang tempoh pertarungan ini.