Chua Seng
Seorang pesara guru yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Kanser Prostat Malaysia. Beliau disahkan menghidap kanser prostat pada bulan Ogos 2018.
Chua Seng, 75 tahun.

Seorang pesara guru yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Kanser Prostat Malaysia. Beliau disahkan menghidap kanser prostat pada bulan Ogos 2018.

Saya disahkan menghidap kanser prostat pada Ogos 2018. Setelah mengalami sakit belakang yang berterusan dalam jangka masa yang lama, saya berjumpa pakar perubatan di Hospital Oriental, Melaka. Antigen Khusus Prostat (PSA) saya menjangkau 558 ng/ml! Pemeriksaan lanjut mendapati sel kanser prostat saya (Skor Gleason 3+4) turut merebak ke vesikel mani dan beberapa bahagian tulang.

Tanpa berlengah, saya diberi preskripsi LUCRIN (sejenis terapi hormon) untuk menyekat rembesan hormon yang memberi makan kepada sel kanser. Terapi kemohormonal adalah rawatan utama di UMMC. Kemoterapi berfungsi dengan baik dengan kesan sampingan minimum seperti sembelit yang tidak kerap, kelesuan dan sedikit keguguran rambut. Kadar PSA saya menurun dari 558 ke 5.4 ng/ml selepas sebulan menjalani rawatan dan secara beransur-ansur mencapai nadirnya pada kadar 0.4 ng / ml.

Sehingga kini, saya masih menjalani terapi hormon dan mengekalkan kadar PSA pada 0.58 ng/ml. mengimbau kembali sepanjang tahun 2010-2014, saya ada mengalami gejala seperti darah dalam air mani dan kenaikan kadar PSA pada kadar 22. Pada awalnya, saya dinasihatkan tidak perlu mengikuti rawatan selanjutnya apabila keputusan biopsi prostat adalah negatif. Adakah wajar saya kerap melakukan pemeriksaan PSA demi kelangsungan perjuangan kanser saya ini?

Sebagai bekas pesakit kanser prostat, saya yakin pemeriksaan PSA secara berkala amat penting untuk pengesanan awal. Inisiatif memperoleh pendapat kedua juga adalah langkah bijak.

Saya adalah ahli Persatuan Kanser Prostat Malaysia. Jika anda adalah penghidap kanser prostat, saya mengalu-alukan penyertaan anda ke persatuan ini. Selain sokongan berterusan, anda juga layak mendapat akses informasi terkini kanser prostat.

Kenangan saya bercuti ke Eropah untuk meraikan kejayaan rawatan saya.