Rawatan kanser prostat
prostate-article-how-treated-1
Rawatan kanser prostat

Kanser prostat merupakan salah satu kanser yang mempunyai kadar penyembuhan yang paling tinggi. Sebanyak 90 % pesakit kanser prostat peringkat awal dijangka dapat hidup sekurang-kurangnya 10 tahun setelah menerima rawatan. Rawatan kanser prostat bergantung kepada tahap risiko dan peringkat kanser tesebut. Secara amnya,

  • ‘Localized’ kanser prostat (sel kanser masih berada dalam kelenjar prostat sahaja). Pilihan rawatan adalah:
    • Pembedahan (‘radical prostatectomy’)
    • Radioterapi
    • Pemantauan aktif (‘active surveillance’)
    • Tunggu dan lihat (‘watchful waiting’)

      Doktor dan pesakit hendaklah mencapai keputusan bersama tentang rawatan yang dipilih (shared decision making). Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah
    • Pilihan rawatan untuk seseorang pesakit kanser prostat.
    • Kebaikan dari segi kadar penyembuhan dan kualiti hidup bagi setiap pilihan rawatan.
    • Kelemahan/ kesan sampingan bagi setiap pilihan rawatan.
  • Locally advanced’ kanser prostat (Sel kanser telah merebak hanya ke sekeliling prostat). Sehingga kini, masih tiada persefahaman tentang jenis rawatan yang paling sesuai untuk kanser prostat pada peringkat ini. Rawatan yang paling biasa digunakan adalah kombinasi radioterapi dan terapi hormon (‘Androgen deprivation therapy, ADT’). Pembedahan (radical prostatectomy) juga boleh digunakan untuk pesakit yang sesuai.
  • Metastatic’ kanser prostat (Sel kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain seperti tulang, nodus limfa, hati atau peparu). Rawatan utama untuk kanser prostat peringkat ini ialah terapi hormon (ADT) untuk mengurangkan paras hormon testosterone dalam badan. Ini boleh dilakukan melalui samada pembedahan dengan pembuangan kelenjar testis atau penggunaan ubat. Pengurangan paras hormon testosterone boleh membantu melambatkan pembesaran kanser prostat yang bergantung kepada hormon ini.

Kini, terdapat pelbagai jenis rawatan lain termasuk kimoterapi atau terapi hormon (abiraterone, enzalutamide dan apalutamide) yang turut digunakan mengikut keadaan tertentu bagi meningkatkan jangka hayat seseorang pesakit.