Apakah Kempen #KalahkanKanserProstat?

Ia adalah satu kempen untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang kanser yang paling kerap di antara lelaki di Malaysia.

Kanser prostat adalah pembunuh “senyap” yang mempengaruhi lelaki.

Di Malaysia, lebih 60% kes kanser prostat hanya dirawat pada peringkat yang lewat (Tahap 3 dan 4). Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang penjagaan kesihatan prostat, risikonya dan tanda-tanda awal kanser prostat, serta menggalakkan saringan dan rawatan awal kanser ini.

Lelaki boleh menawan kanser prostat – hanya jika ia dikesan dan dirawat awal.

Bersama-samalah kita kalahkan kanser prostat!

Misi & Visi

Sasaran kami adalah untuk mengurangkan kadar kes kanser prostat yang dirawat pada peringkat lewat iaitu daripada lebih 60% pada tahun 2020 kepada 30% menjelang tahun 2025.

Untuk mencapai matlamat ini, kami komited untuk meningkatkan kesedaran pada peringkat nasional mengenai kanser prostat, membantu memperkasakan petugas profesional kesihatan di Malaysia serta menggalakkan saringan dan rawatan awal.

LogoUM-01h

TABUNG DANA KANSER UROLOGIKAL ADALAH ENTITI BUKAN BERASASKAN KEUNTUNGAN DIBAWAH NAUNGAN FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITI MALAYA.

Ditubuhkan pada tahun 2015, dana ini komited untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kanser urologikal terutamanya kanser prostat dan menggalakkan saringan awal kanser prostat dan menyumbang bantuan kewangan kepada pesakit-pesakit yang berpendapatan rendah.

Professor Dato' Dr. Yang Faridah Abdul Aziz

“Kesedaran saringan kanser meningkatkan pengesanan awal, meningkatkan kualiti hidup dan menyelamatkan nyawa. Mari kita kalahkan kanser prostat - BERSAMA-SAMA.”

Profesor Dato' Dr. Yang Faridah Abdul Aziz

Profesor Dato’ Dr. Yang Faridah Abdul Aziz, seorang profesor dan pakar  perunding radiologi, adalah Dekan Fakulti Perubatan dan ahli senat di Universiti Malaya. Beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah dan kini memainkan peranan aktif dalam Majlis Perubatan Malaysia serta Persatuan Radiologi Asia Oceania. Dorongan beliau untuk ilmu membentuk komitmennya terhadap perkembangan profesional dan peribadi.

about-Dato-Sri-Nazir-Razak

"Ramai lelaki menderita akibat kanser prostat. Saya berjaya melawan kanser ini dan ingin membantu lelaki-lelaki lain yang sedang melawan kanser prostat."

Tan Sri Nazir Razak

Tan Sri Nazir Razak, mantan Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan CIMB, merupakan bekas pesakit kanser prostat. Harapan beliau adalah supaya lebih ramai lelaki yang berisiko menghidapi kanser prostat untuk menjalani ujian saringan dan rawatan awal secara proaktif. Beliau telah menyertai Lembaga Pemegang Amanah untuk Tabung Dana Kanser Urologi pada bulan Ogos 2020.

about-Professor-Dato-Dr-Adeeba-Kamarulzaman

“Dengan kesedaran dan saringan awal, golongan lelaki mempunyai peluang lebih baik untuk menawan kanser prostat.”

Professor Dato Dr Adeeba Kamarulzaman

Profesor Dato Dr Adeeba Kamarulzaman adalah bekas Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Beliau giat melibatkan dirinya dalam tindak balas terhadap HIV/AIDS di tempatan dan antarabangsa. Beliau bermatlamat untuk memberi sumbangan dan bakti yang sama untuk kanser prostat di Malaysia.