Bagaimana ejakulasi boleh menyelamatkan nyawa?
article-thumb-ejaculation
Bagaimana ejakulasi boleh menyelamatkan nyawa?

Oleh kerana prostat lelaki dihubungkan dengan sistem endokrin, tidak hairanlah jika pakar-pakar telah lama membuat penyelidikan berkaitan dengan risiko kanser prostat dan seks – terutamanya ejakulasi. Walaupun sehingga kini tiada bukti kukuh yang mengatakan ejakulasi mengurangkan peluang kanser prostat, doktor mengesahkan bahawa terdapat kaitan di antara kedua-duanya dengan statistik positif daripada hasil penyelidikan kes-kes tertentu.

Sehingga hari ini, para penyelidik telah mendapati lelaki yang melakukan hubungan seks, beronani atau mengalami mimpi basah untuk beberapa kali dalam sebulan boleh mengurangkan risiko pertumbuhan kanser prostat sebanyak 20%. Walaupun begitu, ia hanya melibatkan kumpulan usia tertentu, kebanyakannya dalam lingkungan usia lebih 50 tahun.

Bagaimana ejakulasi berpotensi untuk menyokong kesihatan prostat? Terdapat satu teori yang mengatakan “hipotesis tidak aktif” ini akan merembes keluar dan membentuk air manin. Jika ejakulasi tidak berlaku dalam tempoh terlalu lama, cecair air mani itu akan mengalami perubahan oksidasi yang terbukti toksik kepada prostat.

Sebab itulah ejakulasi yang berkala membantu menyahkan kelenjar prostat yang mengakibatkan kanser, infeksi dan apa yang menyebabkan keradangan. Hasil penyelidikan sebegini tentunya menarik perhatian pakar kanser bukan saja kerana ia boleh mengurangkan risiko kanser prostat tanpa kaedah perubatan, tetapi kerana risiko penyakit ini dikaitkan dengan situasi yang tak boleh dielakkan iaitu usia dan sejarah keluarga yang mempunyai gejala sama.

Secara umum, beronani dan melakukan hubungan seks selamat biasanya tidak akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Fakta mendapati, ia boleh memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan – bukan sekadar kepada prostat anda. Ia boleh mengurangkan tekanan, menggalakkan jantung sihat dan meningkatkan sistem imuniti bagi mencegah kehadiran sel kanser.

Kesimpulannya, adalah penting untuk para penyelidik yang masih membuat kajian ini mendapatkan lebih fakta mengenai kesan ejakulasi terhadap kanser prostat. Namun begitu, kehidupan seks yang sihat akan memberi lebih banyak kesan positif berbanding negatif dalam kesihatan fizikal dan juga mental.