5 makanan baik untuk prostat
article-thumb-healthy-food
5 makanan baik untuk prostat

Pemakanan sihat akan menggalakkan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Namun tiada bukti kukuh yang menunjukkan pemakanan dan nutrisi yang boleh mengelakkan kanser prostat.

5 pemakanan sihat yang mesra prostat boleh membantu mengurangkan risiko penyakit prostat.

TOMATO

Tomato kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai likopena. Antioksidan ini adalah aktiviti antikanser yang berpotensi untuk merencatkan percambahan sel, menghadang pertumbuhan sel dan meningkatkan sel mati dalam sel-sel kanser prostat. Bukti terkini mengesyorkan pengambilan likopena adalah berkaitan dengan pengurangan insiden kanser prostat.

SAYURAN JENIS ‘CRUCIFEROUS’

Sayuran jenis ini adalah seperti brokoli dan bunga kobis yang mengandungi kadar ‘anticarcinogenic pythochemical’ yang juga dikenali sebagai sulforaphane dan indole-3 carbinol. Nutrien ini boleh menghalang sel-sel daripada mengalami kerosakan oksidatif dan mengurangkan apoptosis dalam kerosakan sel.

TEH HIJAU

Minuman teh hijau sering dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser prostat. Polifenol yang ditemui di dalam teh hijau dikatakan boleh menghalang pertumbuhan sel kanser dan melambatkan progres kanser prostat.

SOYA

Soya kaya dengan sumber pyhtoestrogen (flavone, isoflavone dan lignan). Kompaun tumbuh-tumbuhan semula jadi ini menjalani aktiviti seperti estrogen, yang mana boleh mengurangkan risiko kanser prostat. Pengambilan produk soya yang lebih tinggi dipercayai boleh menjadi salah satu sebab kurangnya kes kanser prostat di kalangan lelaki Asia.

KOPI

Cafestol dan kahweol adalah dua komponen yang sangat dikenali boleh melawan kanser yang ditemui banyak di dalam kopi. Pengambilan kopi biasa atau tanpa kafein yang banyak sering dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser prostat. Untuk pengetahuan, pengambilan kafein dalam dos tinggi boleh mengakibatkan penyakit kronik lain termasuk degupan jantung yang tidak normal dan sawan.